Azan.... sedikit sekali kita ambil peduli apatah lagi yang tidak tahu langusung bahawa azan itu merupakan satu kupasan hidup paling awal untuk kita bawa....
Azan jugalah yg menyambut kita kita ketika kita dilahirkan. Itulah waktu yang paling minimum untuk kita mendengar azan.....bCubalah kita kira berapa kalikah kita mendengar seruan azan sehingga hari ini????....
Adakah kita benar2 faham akan maksud azan itu dan mengapa kita disambut dengan azan???.....
Mengapa kita perlu mendengar azan????.... Adakah cukup dengan sekadar menjawab "Ohhhh.....Azan itu sebagai tanda masuknya waktu solat"....
Bagaimana sekiranya si anak bertanya "Bukankah lebih mudah membuat penggera waktu sahaja bagi menunjukkan masuknya waktu solat?".....
Akhirnya terus kita memberikan jawapan yg mudah ".....jgn byk tanya..... ikut aje....."
Jawapan tersebut akhirnya membawa masyarakat Islam generasi baru tergolong dari jenis ikut-ikutan yang mana jiwanya akan kosong dan hanya sekadar mengikuti siapa yang dapat memberikan jawapan kepada persoalan mereka.
Azan merupakan satu carta kehidupan umum, jika kita perhalusi dan ikuti..... insya-Allah akan memberi impak yg baik dlm keseluruhan kehidupan kita. Kita dapat lihat dan mendengar dlm seruan azan itu adalah memuji kebesaran Allah SWT.
Hal ini memberi pengertian bahawa, sebaik sahaja kita dilahirkan ke dunia..... perkara pertama yang kita lakukan adalah mengakui bahawa Allah Maha Besar.
Maka segala kejadia alam adalah daripada kehebatan dan keagungan Allah SWT. Jika kita amati sedalam-dalamnya, berapa kali kita mengakui akan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.
Kita mungkin leka dgn urusan seharian kita. Namun kita hanyut dalam kealpaan yang merugikan. Kita sebenarnya lupa bahawa tanpa izin Allah SWT, setiap perkara yang kita lakukan tidak akan memberikan apa2 hasil biarpun sehebat mana kita berusaha.
Jika kita dpt menjadikan pengakuan kehebatan itu milik Allah SWT dalam kehidupan kita, maka sedikit demi sedikit ego kita akan terhakis dan tanpa kita sedari penyerahan diri secara total akan dapat kita rasai. PASTINYA kita tahu betapa manisnya iman. Barulah kita benar2 yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT, dan dapat merasakan akan kewujudan Allah SWT yang menjadi asas sifat 20. Kita juga pasti dan yakin bahawa Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulullah.
- Petikan drpd Dr. Azhar Sarip.
This article was taken from my uncle, Raja Azahar Shah Azaham. TQ for the info.
No comments:
Post a Comment