Keputusan
Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Hujah:
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.(3) perbuatan.Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.
Oleh : Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Tarikh Keputusan : 24 Oktober 2008
Tarikh Muzakarah : 22 Oktober 2008 hingga 24 Oktober 2008
Tarikh Keputusan : 24 Oktober 2008
Tarikh Muzakarah : 22 Oktober 2008 hingga 24 Oktober 2008
1 comment:
Salam wan..
thanks for d drop by..
dan link kan blog akak di blog kamu....
:D
hehe..
InsyaAllah, nanti akak link kan wan pula ke blog akak..
truskan berblogging.. ;)
Post a Comment